Tuesday 1 January 2013

Erti Sahabat...


Erti Sahabat...

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.
"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Riaz bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.
"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek... hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.
"Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.
"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.
"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke? "Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" Pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. ’Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! Boleh terus siap untuk sembahyang raya!’ kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! Nasib aku malang betul Iz. Lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! Sakit ke! Matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan kemarahannya yang terpendam.
"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim Cuma tersenyum.
"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! Rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar.
"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun.
"Eh? Mak!" Terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.
"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" Jerkah ayahnya. 'Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?’ Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! Kenapa pulak ada kat sini?! Raiz keliru.
"Rumah Naim? Kau biar betul! Kau tengok dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik. 16 September 1975 - 15 Oktober 2004! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni... bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." Terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu, apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya semalam? Raiz tidak dapat menjawab, sehinggalah dia terduduk di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang la rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah. "Terima kasih kerana mengingatkan aku! Semoga kau tenang dan aman di sana!


(cerita nie EA (Eizda Amani) dapat dari member EA... dia emel pada EA... maybe dia pun dapat dari member dia punyerr member punyerr member... nie kes emel forward-forward la nie... penulis asal tidak diketahui saperr ntah gaknyerr... tapi secara jujurnyerr, EA sangat tersentuh bacerr cerita nie... meremang bulu roma EA!!! bagaimanerr gaknyerr yerr kalau perkarerr nie menimperr kiterr ek? cuba kiterr bayangkan kalau kawan2 kiterr yang amat kiterr sayangi pergi meninggalkan kiterr untuk selame-lamenyerrr......

Moral of the story :- hargailah kawan2 kiterr dan juga insan2 yang kita sayangi selagi mereka masih aderr... andai satu hari nanti mereka telah tiaderr, tetapkanlah kasih sayang kiterr pada mereka dengan mendoakan mereka... walau betapa sayangnyerr kiterr pada mereka, tetapi ketentuan ILAHI tiada saperr mampu merubahnyerrr... bile tibe detik dan saatnyerrr, perpisahan tetapkan terjadi.
Memetik kata-kata Hajah Fauziah Nawi dalam satu diskusi yang pernah EA hadiri suatu ketika dulu; Pertemuan itu adalah bersyarat, Perpisahan itu adalah mutlak)


Salam perpisahan buat sementara waktu... Insya-Allah, bertemu lagi di lain coretan jika berkesempatan... ;-)

Thursday 9 June 2011

Games Yang Menghina Islam (Wajib Baca)



Games Yang Menghina Islam (Wajib Baca)

link from : http://bloggercrew.in-malaysia.org/2011/05/games-yang-menghina-islam-wajib-baca.html



GAMES YANG MENHINA ISLAM (WAJIB BACA)


1) Devil May Cry 3

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.








Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".





Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?


2) Clive Barker Undying




Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.






Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki





Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.




Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia




Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)





"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes





Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader





Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.




Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.




Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap

Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

[Image: 50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo:


[Image: Copy+of+50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?


8) Resident Evil 4





Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.





Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut




Screenshot dari gameplay Resident Evil 4





Zoom pada pintu tersebut

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?


Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, MadinaMacam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.




Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.





Perbezaan pintu dalam game dengan realiti





Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.



Kalau Anda Sayangkan Islam.. Kongsilah Artikel Ini Di Facebook Anda Untuk Memberi Kesedaran Kepada Mereka Yang Masih Lalai dan Leka Dengan Dunia Masa Kini..

Pasti Ramai Terkejut Kan.. Dan Pasti Salah Daripada Anda Pernah Main Games Yangg Tersenarai Diatas Ini Kan? Kan-kan.. So Apa Pendapat Anda???